Monday, May 12, 2025

Terhutang Budi 2

Nostalgia 2 Selaut Kasih

Memang saya kagum dengan gaya pengajaran Cikgu Amin mengendalikan kelas Sastera Melayu. Beliau mencadangkan saya mengambil subjek Kesusasteraan Melayu dalam SPM. Subjek ini banyak membantu saya kemudian hari di maktab dan di universiti. Cikgu Aishah yang mengajarkan Bahasa Melayu tidak kurang hebat kerana beliau amat arif dalam tatabahasa dan aplikasi bahasa dalam penulisan esei. Daripada beliaulah saya mempelajari cara penulisan. Cara penulisan yang saya pelajari inilah membolehkan saya mengambil bidang Penulisan di Universiti Malaya kemudian hari. Cikgu Mustafa mengajarkan Ilmu Hisab kepada kelas kami. Sebenarnya beliau adalah guru Sains tingkatan 3. Memandangkan Cikgu Lim telah bertukar ke Sungai Petani, Cikgu Mus merelakan diri mengajari kelas kami iaitu tingkatan 5A. Daripada beliau saya banyak mempelajari ketepatan masa dan kerajinan. Beliau amat rajin dan gigih dalam membuat persediaan sebelum masuk ke kelas. Seorang lagi guru wanita Melayu (maaf tidak ingat nama beliau) banyak membantu saya dalam pembelajaran. Beliau mengajari kelas kami Sains Kaji Hayat dan Kemanusiaan. Beliau ialah guru kutubkhanah (perpustakaan). Memikirkan keadaan saya yang miskin, beliau melantik saya pengawas kutubkhanah. Hal ini kerana saya dapat memegang kunci kutubkhanah dan boleh masuk bila-bila masa saya free untuk mengulangkaji pelajaran. Beliau juga memberi kebebsan dan peluang kepada saya untuk meminjam lebih banyak buku berbanding pelajar lain.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...