Setelah membaca buku Warisan Sakral Nusantara, hati saya terdetik untuk menulis satu pengalaman paranormal yang pernah saya alami sewaktu saya di darjah 4, pada tahun 1969. Ketika itu pukul 12 tengah malam. Semua orang estet pulang ke rumah masing-masing setelah menonton wayang gambar di padang terbuka di pekarangan kuil. Ketika mendekati rumah panjang kami, ibu saya menepuk dan menarik bahu saya lalu mengatakan jangan pandang di hadapan. Saya yang agak nakal itu, terpandang juga ke arah tersebut. Kali pertama saya terpandang satu kelibat yang tinggi berdiri di ruang masuk rumah panjang kami. Hujung kakinya saya tidak pasti tetapi kepalanya mencapai kayu bumbung rumah. Saya cuma melihatnya beberapa saat sahaja, kemudian kelibat itu ghaib. Pada malam itu saya tidak dapat tidur kerana asyik berfikir mengenainya. Pada keesokan hari saya tidak dapat ke sekolah kerana demam panas. Mujurlah di estet kami ada seorang bomoh yang fasih berbahasa Tamil. Namanya Pak Yaakob. Beliau menenangkan saya sambil minta saya minum air yang dijampinya. Aneh sekali, sebelum petang demam sudah turun. Anak Pak Yaakob namanya Omar Yaakob adalah rakan sekelas saya di sekolah Tamil estet.
kisah-kisah kecil yang dilalui dalam sunyi, yang tidak disedari oleh orang lain, tapi membentuk diri saya sepenuhnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jejak Dalam Jeda
My Own Modules
For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...

-
Kita perlu ingat bahawa ada suatu kuasa yang agar di luar jangkaan kita. Itulah namanya Tuhan. Keseronokan selama dua minggu atau lebih menj...
-
Hari ini selepas kembali daripada briskwalk selama sejam dan 5 km pergi ke pasar awam. Sekembalinya sehingga pukul 12.15 tengah hari mengema...
-
Sebelum bertolak ke KL pada 8 Mac mata kiri agak gatal-gatal. Kerana tidak dapat bertahan dengan kegatalannya, maka saya menggaru dan mengel...
No comments:
Post a Comment