Walaupun kita tidak tahu mengapa kita bersedih tetapi kesedihan itu dapat membantu kita mengisi detik-detik hidup kita. Untuk merungkaikannya,kita perlu mencari apakah erti sebenar kehidupan. Jika kita mempunyai terlalu banyak harapan dan jangkaan, maka akhirnya kita akan berasa sedih jika apa yang diharapkan itu tidak menjadi kenyataan. Dalam konteks ini kita perlu menelaah kutipan pendapat Sigmund Freud. Dalam bukunya berjudul, “Civilization and its Discontents” (1929), beliau berpendapat bahawa agama adalah satu-satunya institusi yang cuba menjelaskan makna di sebalik kehidupan seharian. Menurutnya apa yang dikehendaki oleh manusia ialah kebahagiaan. Dari mana datangnya kebahagiaan? Soalan ini banyak bergantung pada konteks. Dalam karya psikoanalisisnya, Freud berpendapat bahawa semua kebahagiaan adalah prinsip kesenangan. Kesenangan ini memberikan satu kepuasan kepada manusia. Kepuasan itulah dapat mengubati kesedihan seseorang. Kesedihan yang tidak ditangani dengan bijak pula akan membawa kepada masalah kemurungan. Kemurungan ini pula menyebabkan seseorang mengalami kesihatan mental. Tegasnya, untuk mengelakkan kesihatan mental dan kemurungan, kita hendaklah mengelakkan diri kita daripada sedih.
Bibliografi:
1.Sigmund Freud dalam http://courses.washington.edu/freudlit/Civilization.Notes.html
No comments:
Post a Comment