Monday, May 12, 2025

Kecewa



Berasa kecewa kerana tidak menerima sebarang tawaran mengajar sama ada secara individu,  kumpulan atau di pusat tuisyen. Selepas hampir lima tahun bersara saya masih berdepan situasi yang sama. Saya tetkilan mengapa nama saya tidak lagi mendapat perhatian pusat-pusat tuisyen atau ibu bapa yang mengenali saya. Saya masih mengajar tetapi bilangan pelajar tidaklah seramai yang pernah ajar semasa dalam perkhidmatan. Saya tiada jawapan kenapa tidak menerima tawaran. Mungkin tiada orang yang sanggup menerima orang berusia.  Biarpun begitu, saya  tidak mahu mengambil pendekatan ekstrem dengan  mendekati mana-mana pusat tuisyen atau orang perseorangan  atau untuk mencari peluang. Saya  tidak pernah terfikir untuk meninggalkan profesion ini. Penglibatan saya dalam pendidikan  sepanjang 40  tahun sudah cukup membuatkan nama saya dikenali ramai. Saya tidak boleh memaksa seseorang untuk menerima saya. Saya mesti reda dan akur dengan keadaan ini. Dalam masa yang sama minat saya  terhadap dunia pengajaran tidak pernah luntur. Saya berharap  kembali ke lokasi dan sedia memberikan sepenuh komitmen terhadap profesion ini.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...