Friday, May 16, 2025

Jangan Mungkir Janji

Sebenarnya saya tidaklah punyai banyak wang. Mereka yang berjanji hendak melakukan sesuatu, janganlah berpaling tadah pada masa-masa akhir. Saya tidak boleh menerima kepalingtadahan tersebut. Tahun ini sahaja sudah ramai berjanji itu dan ini, tetapi tidak menunaikan janji mereka. Saya bukanlah kaya sangat sehingga boleh melupakan janji kosong mereka. Apabila mereka sudah berjanji dengan saya, saya akan mengingati janji itu. Saya amat yakin mereka akan menunaikan janji itu. Bukankah Kata Itu Kota. Jika tidak boleh menunaikan janji, janganlah berjanji sesuatu. Jangan jadikan mereka mangsa. Mereka hidup dengan pelbagai keinginan dan keperluan. Apabila janji itu dimungkiri, maka luluhlah jiwanya. Remuk redamlah perasaannya. Mengapakah manusia gagal memikirkan ini? Janji di sini tidak semestinya janji memberikan wang sahaja...Apa sahaja janji? Berjanji untuk bertemu, berjanji untuk menyimpan rahsia, berjanji untuk bersahabat, berjanji untuk menjaga orang tua dan banyak lagi......termasuk berjanji kepada seorang guru agar pelajar itu akan datang ke kelas bimbingannya.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...