Monday, May 12, 2025

Cari kerja 1980-an

Apabila saya memandang ke belakang pada era 1980-an, waktu itu tiada telefon pintar seperti sekarang. Satu-satunya media yang diharapkan ialah akhbar-akhbar untuk mengetahui sesuatu isu atau berita semasa. Sementara menunggu bas di Kota Raya atau di Old Klang Road, sempat juga saya membeli akhbar Malay Mail untuk mengetahui berita dan kerja-kerja sambilan. Ketika itu tidak silap saya Malay Mail paling murah berbanding tabloid yang lain. Surat khabar itu pula dikongsi oleh rakan-rakan di kolej kediaman (asrama). Pada ketika itu sebaik sahaja tamat pengajian, rata-rata teman tidak berwang untuk membeli akhbar. Ada yang menjadi guru sambilan, jurujual sambilan dan tukang banci sambilan dan sebagainya. Setelah mereka menerima tawaran Diploma Pendidikan di UM, barulah mereka rasa lapang hati sebab setahun kemudian mereka akan ditempatkan di mana-mana sekolah kerajaan. Selepas itu hidup mereka akan menjadi lebih stabil dan terjamin. Mereka yang tidak bernasib pula, kekal menetap di KL sambil mencari pekerjaan di sektor swasta termasuk mengajar di sekolah swasta dan di pusat tuisyen yang melambak di KL dan PJ pada ketika itu. Dalam akhbar Malay Mail sering ada ruang kerja kosong dan siswazah mahupun  mahasiswa berebut-rebut untuk memohonnya.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...