kisah-kisah kecil yang dilalui dalam sunyi, yang tidak disedari oleh orang lain, tapi membentuk diri saya sepenuhnya
Friday, May 16, 2025
Kisah Hidup
Ada pelajar dan bekas pelajar saya yang sangat setia dengan saya sehingga kini, meminta saya menulis sesuatu dalam blog atau FB supaya mereka dapat mengikuti perkembangan diri saya atau perjalanan hidup saya. Itulah tujuan utama saya membuka akaun FB. Kisah hidup saya menjadi tular dalam kalangan pelajar dan bekas pelajar . Saya mendapat banyak “impressions” dalam tweeter. Kini saya sudah memasuki usia 65 tahun +++. Rambut pun mula gugur satu persatu menyembah bumi. Sebelum tubuh ini dimasukkan ke dalam liang lahad, rasa kempunan untuk menghimpunkan apa yang dirasai dan ditempuhi selama ini agar dimaklumi oleh pelajar dan bekas pelajar saya. Penulisan kisah hidup ini bukanlah sesuatu yang imaginatif, fantasi mahupun figuratif. Ini adalah anekdot onak dan duri yang pernah dan sedang diredahi (=juga saya reda dengan ketentuan-Nya) sehingga kini. Jika berminat ikutilah……….Untuk makluman kalian, sudah 3 atau 4 kali akaun FB dan tweeter saya dibuka dan dipadamkan. Sekarang saya hidup tanpa FB dan tweeter. Mereka yang mengenali saya dapat mengikuti saya di sini. Selera pembaca atau pengikut sering berubah kan? Dulu yang beria-ia untuk membaca posting saya , sekarang entah ke mana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jejak Dalam Jeda
My Own Modules
For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...

-
Kita perlu ingat bahawa ada suatu kuasa yang agar di luar jangkaan kita. Itulah namanya Tuhan. Keseronokan selama dua minggu atau lebih menj...
-
Hari ini selepas kembali daripada briskwalk selama sejam dan 5 km pergi ke pasar awam. Sekembalinya sehingga pukul 12.15 tengah hari mengema...
-
Sebelum bertolak ke KL pada 8 Mac mata kiri agak gatal-gatal. Kerana tidak dapat bertahan dengan kegatalannya, maka saya menggaru dan mengel...
No comments:
Post a Comment