Thursday, May 15, 2025

Teh tarik susu tepung

 


Sejak kelmarin 14 Mei, saya mula berfikir supaya menghentikan pengambilan teh tarik susu tepung di kedai. Kita tidak tahu kualiti tepung berkenaan. Kedua pula, sejak minum kelmarin, perut tidak selesa dan berasa seperti kembung. Malam tadi saya sakit perut. Saya tahu beza antara sakit  gastrik dengan sakit perut kembung. Sudah banyak kali OR menasihati saya jangan minum teh tarik susu tepung di kedai, namun saya yang degil. Di rumah kami minum menggunakan fernleaf. Kami minumnya sejak berdekad-dekad. Kualiti susu tepung di kedai menyebabkan perut saya meragam. Saya perlu mengawal nafsu minum. Teh yang saya minum pagi ini di pasar awam Kg Bahru, memang baik. Manis dan susunya terkawal. 

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...