Monday, May 12, 2025

Penutupan sekolah vernakular

Adakah penutupan sekolah vernakular boleh menyelesaikan masalah perpaduan di negara ini? Sebelum mencadangkan apa-apa untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum, umum hendaklah mengetahui sedikit sebanyak latar belakang dan sejarah semua bangsa yang tinggal di negara bertuah ini. Adakah sesuatu kaum boleh hidup dengan selesa dan terjamin tanpa mematuhi dan mempraktikkan budaya yang diwarisi selama ini? Bahasa ibunda seseorang adalah hak mereka untuk dipelajari dan dikuasai. Jika dilihat di seantero antarabangsa, semua kaum dibenarkan menggunakan bahasa ibunda mereka. Penubuhan sekolah vernakular hanya memudahkan, membolehkan dan memeriahkan lagi penggunaan bahasa tersebut. Saya tidak pernah melihat penubuhan sekolah vernakluar, media vernakular dan tempat-tempat beribadat yang  pelbagai pernah menjadi kekangan dalam usaha pemupukan perpaduan di negara ini. Kita lihat sejak perisitiwa kemerdekaan dan 13 Mei, sejak kedua-dua peristiwa ini, kita tidak lagi mendengar atau menyaksikan pergaduhan atau perbalahan antara kaum. Hal ini jelas menunjukkan bahawa selama ini kita tidak pernah tidak bersatu padu kerana kewujudan sekolah yang pelbagai aliran. Jadi mengapa sekarang sekolah vernakular dijadikan isu yang dominan? Pelajar bukan Melayu belajar di sekolah vernakular selama 6 tahun sahaja. Selepas itu 5 tahun di sekolah menengah dan 4 tahun di universiti atau di kolej. Pasca pendidikan rendah, mereka bergaul bersama semua kaum dan menghormati budaya semua kaum malah menggunakan BM sebagai wahana komunikasi. Jadi kita tidak nampak sebarang justifikasi atau rasional mengapa sekolah vernakular menjadi punca perpecahan kaum sehinggakan sekolah tersebut perlu ditutup? Kita mesti mengakui bahawa usaha-usaha kerajaan melalui pelbagai agensi yang sedia ada tidak menyemarakkan langkah-langkah penyatuan kaum. Kempen dalam media massa semakin berkurangan. Pembikinan filem atau dokumentari yang melibatkan semua kaum semakin berkurangan. RIMUP yang pernah dijalankan di sekolah, sudah tiada lagi sekarang.  Malah kita juga mempunyai Kementerian Perpaduan dan Kementerian Pembangunan Massyarakat. Sepatutnya kedua-dua agensi inilah mengambil usaha yang proaktif dalam penyatuan kaum. Bagi saya, sekolah vernakular tidak pernah menjadi penghalang. Jika kita lihat sukatan pelajaran di sekolah vernakular, memang ada topik-topik tertentu mengenai perpaduan. Malah pelajar-pelajar ini juga mempunyai pendedahan dan kefahaman yang baik dalam subjek Bahasa Melayu. Ramai pemimpin sekolah vernakular juga menggalakkan pelajar-pelajar mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Salah satu punca tiada perpaduan ialah ketaksamaan dalam peluang-peluang sosioekonomi seperti pekerjaan, pelajaran,  perniagaan dan menikmati hak-hak yang paling asas. Jadi kerajaan perlu menumpukan dan menangani aspek-aspek ini terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...