Saturday, May 17, 2025

Rezeki Tak Disangka di Hujung Tahun


Hujung Disember 2024, saya dapat satu jemputan yang memang tak dijangka—dari seorang bekas pelajar saya sendiri. Dia ajak saya join satu majlis brainstorming tentang penubuhan sekolah swasta baru yang nak dibuka di Bukit Mertajam. Majlis ni diadakan kat Iconic Hotel Bukit Tengah—tempat dia memang selesa dan agak mewah juga. Memang lain macam suasananya 😍

Bukan sekadar datang duduk dengar, tapi kami semua terlibat dalam sesi tukar idea, kongsi pandangan dan impian untuk sekolah tu nanti. Sambil tu, ada buffet yang padu—makanan sedap, suasana pun best. Memang saya rasa sangat bersyukur dapat jadi sebahagian daripada hari tu.

Terima kasih banyak-banyak kepada bekas pelajar saya yang jemput. Tak semua orang ingat cikgu lama dia, apatah lagi nak libatkan dalam projek besar macam ni. Semoga Tuhan balas jasa baik dia berkali-kali ganda. Amin.

Yang lagi buat saya teruja—saya ditawarkan jadi antara tenaga pengajar bila sekolah tu nanti dah beroperasi. Malah, ada kemungkinan saya akan uruskan kelas akademik STPM juga, ikut keperluan dan permintaan. Fuh, ini memang satu peluang yang saya tunggu-tunggu. Doakan semoga semuanya berjalan lancar!

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...