Monday, May 12, 2025

Manusia materialistik

Manusia kini hanya melihat pada kebendaan. Mereka langsung tidak melihat nilai kemanusiaan yang ada pada kita. Material melebihi kemanusian. Sewaktu kita mempunyai jawatan tetap, pendapatan tetap dan berpengaruh, ramai yang menjadi kenalan kita. Sebaik sahaja kita bersara dan kita kehliangan populariti dan pengaruh, masyarakat mula menjauhkan diri daripada kita. Saya mendapat  iktibar daripada kisah MKT atau nama penuhnya MK Tiagarajah Bagawathar. MKT menjadi mangsa fitnah. Walaupun mahkamah tidak mempunyai  bukti yang kukuh dalam tuduhan, beliau terpaksa juga merengkok di penjara selama  2.5 tahun. Setelah dibebaskan kerana tiada bukti yang mencukupi untuk mensabitkannya, MKT tiada lagi ingin hidup seperti mana sebelumnya. Beliau berhenti berlakon dalam filem. Sebaliknya kebanyakan masanya dihabiskan untuk membuat persembahan di tempat beribadat tanpa mengenakan sebarang bayaran. Walaupun ada beberapa jemputan untuk berlakon, MKT tetap menolak semua tawaran tersebut. Baginya popluariti dan wang tidak akan membawa manusia ke mana-mana. Kedua-dua elemen ini hanya bersifat sementara sahaja.

November 1, 1959... 66 tahun yang lalu, seorang pelakon hebat meninggal dunia. Beliau belum lagi berusia 50 tahun. Beliau hampir buta, patah hati, dan bankrap. Tetapi betapa kehidupan yang telah dijalani oleh M.K. Thyagaraja Bhagavathar, sentiasa menjadi tajuk utama. Lagu-lagunya didengar di setiap pelosok negeri. Filem-filemnya tidak pernah lekang dariapada  skrin pawagam seolah-olah menggunakan gam ajaib. Wanita-wanita muda mengejarnya kerana terpesona dengan personalitinya. Lelaki-lelaki pula meniru gaya rambutnya. Produser filem menunggu berhar-hari malah berbulan-bulan  di pintu rumahnya untuk mendapatkan janji temunya. Suaranya memukau berjuta-juta orang dan mungkin itu adalah anugerah yang dibawa bersamanya. Peluang-peluang datang tanpa disembunyikan. Konsert muzik dan drama pentasnya dihadiri jutaan audiens. Begitu juga peluang dalam dunia perfileman datang mencarikannya. Ramai ingin membikin filem dengannya untuk menjana wang.Filem pertamanya adalah satu kejayaan dan selepas filem keempatnya, semua filemnya ditayangkan sekurang-kurangnya selama seratus hari. Kejayaan terbesar beliau adalah filem Haridas yang bertahan hampir tiga tahun. Ironinya, pada kemuncak kariernya, MKT menjadi tetamu tidak diundang di penjara pusat Madras dan juga penjara Bellary. Beliau telah ditangkap kerana didakwa membunuh seorang pemeras ugut yang telah mendedahkan hubungan sulit MKT dengan seorang gadis muda. Kes ini menyebabkan beliau terpaksa merengkok di penjara selama 30 bulan . Berlapis-lapis kekayaan dihabiskan untuk membuktikan ketidakbersalahannya. Dan apabila beliau dibebaskan,  kejutan yang lebih besar ialah jutaan peminatnya telah meninggalkannya. Dalam usaha untuk memenangi semula hati mereka, beliau menerbitkan  filem-filem sendiri. Tetapi usahnya menemui kebuntuan sahaja kerana cita rasa dan selera peminat sudah berubah. Mereka enggan menerimanya sebagai "superstar " mereka. Kekayaannya pun makin lama makin terhakis dan lenyap terus. Kegagalan demi kegagalan menyambut setiap usaha yang dilakukan. Tekanan dan masalah kewangan pula menyebabkan beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Akhirnya tumbanglah satu figura yang hebat. Jadi populariti, wang dan personaliti tidak akan bertahan lama.



 

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...