Hari ini 17 Mei selepas pulang dari sembahyang Perumal Pooja berjumpa dengan bekas rakan setugas di Old Town Coffee. Kami mengimbau peristiwa silam sewaktu bekerja sebagai guru di sekolah yang sama. Setiap detik yang dilalui bersama rakan-rakan seperjuangan masih segar dalam ingatan — dari persediaan menghadapi peperiksaan besar hingga ke program motivasi hujung minggu yang kami jayakan bersama. Suasana mesra di bilik guru, gelak tawa pelajar yang menceriakan hari, serta semangat kerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti sekolah menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Walaupun masa telah berlalu dan ada antara kami yang telah membawa haluan masing-masing, namun ikatan persahabatan dan semangat mendidik yang pernah kami kongsi akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Kerana rakan inilah saya telah menerima jawatan sebagai Penyelaras Hubungan Dua Hala antara Malaysia dan Thailand. Beliau telah menyelaras selama 2 tahun. Saya juga menyelaras selama 2 tahun. Malah saya pernah dijemput ke negara gajah putih itu untuk mengendalikan seminar kepada sekumpulan guru di sana. Saya dijemput dari hotel ke sekolah mereka dan dijamu selera dengan makan tengah hari yang paling enak dan lazat. Saya juga telah membawa 2 kawan saya ke sana. Dalam perjumpaan selama 2 jam hari ini, kami juga terkenang akan beberapa orang insan yang telah pergi meninggalkan kami. Kawan merungut bahawa sekolah kami tidak pernah menganjurkan apa-apa majlis untuk meraikan guru-guru yang bersara. Katanya beberapa buah sekolah di sekitar kerap mengadakan majlis dan menjemput semua guru yang bersara serta meraikan mereka. Katanya guru-guru di bekas sekolah kami dulu, sentiasa berpuak-puak. Tiada penyatuan. Kami tergerak hati hendak reconnect dengan sekolah lama… perasaan rindu dan sayang terhadap sekolah masih kuat. Kalau ada apa-apa program atau jemputan, kami sangat berminat hendak sertai atau bantu mana-mana yang boleh, Saya tahu sebahagian besar nilai hidup saya bermula di sekolah ini dulu.
kisah-kisah kecil yang dilalui dalam sunyi, yang tidak disedari oleh orang lain, tapi membentuk diri saya sepenuhnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jejak Dalam Jeda
My Own Modules
For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...

-
Kita perlu ingat bahawa ada suatu kuasa yang agar di luar jangkaan kita. Itulah namanya Tuhan. Keseronokan selama dua minggu atau lebih menj...
-
Hari ini selepas kembali daripada briskwalk selama sejam dan 5 km pergi ke pasar awam. Sekembalinya sehingga pukul 12.15 tengah hari mengema...
-
Sebelum bertolak ke KL pada 8 Mac mata kiri agak gatal-gatal. Kerana tidak dapat bertahan dengan kegatalannya, maka saya menggaru dan mengel...
No comments:
Post a Comment