Tidak sampai sehari saya telah menulis dalam platform ini bahawa kita perlu menghormati budaya, bahasa dan agama bangsa lain serta tidak menimbulkan apa-apa isu sensitif mengenai sesuatu kaum, tiba-tiba pihak polis dan SKMM sudah mencekup dua kes. Pertama "tarian kawadi"dijadikan bahan jenaka oleh pengacara EraFM dan kedua seorang pendakwah bebas menyentuh sensitiviti keagamaan penganut lain. Walaupun dalam kes yang pertama, pengacara memohon maaf secara terbuka, nampaknya siasatan masih diteruskan. Bagi kes kedua pula,pendakwah itu diminta untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada penganut berkenaan, tetapi kita belum tahu kesudahan kes tersebut. Kita hidup dalam kepelbagaiaan atau diversity budaya, jadi kita eloklah belajar menghormati sentimen dan senstiviti sesuatu agama. Ironisnya ialah, sebelum ini pun sudah banyak kes dilaporkan, disiasat dan diambil tindakan, namun masih ada pihak-pihak tertentu yang berani memperlekeh, mempersenda dan memainkan isu-isu perkauman ini. Seperti mana pernah saya tulis sebelum ini, perpaduan atau penyatuan kaum di negara ini hanya boleh berlaku jika setiap kaum menghormati kaum-kaum lain, bukan kerana penyediaan pelbagai dana atau prasarana. Nawaitu untuk berubah mesti datang daripada hati yang ikhlas.
kisah-kisah kecil yang dilalui dalam sunyi, yang tidak disedari oleh orang lain, tapi membentuk diri saya sepenuhnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jejak Dalam Jeda
My Own Modules
For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...

-
Kita perlu ingat bahawa ada suatu kuasa yang agar di luar jangkaan kita. Itulah namanya Tuhan. Keseronokan selama dua minggu atau lebih menj...
-
Hari ini selepas kembali daripada briskwalk selama sejam dan 5 km pergi ke pasar awam. Sekembalinya sehingga pukul 12.15 tengah hari mengema...
-
Sebelum bertolak ke KL pada 8 Mac mata kiri agak gatal-gatal. Kerana tidak dapat bertahan dengan kegatalannya, maka saya menggaru dan mengel...
No comments:
Post a Comment