Monday, May 12, 2025

Kebimbangan Masyarakat

Wujud kebimbangan dalam kalangan segelintir masyarakat bahawa kewujudan sesuatu bangsa akan menghancurkan bangsa lain. Adakah ini benar? Marilah kita merenung sejarah negara kita sendiri. Kita pernah dijajah oleh Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan British. Sewaktu pendudukan mereka, rakyat mengalami pelbagai jenis penderitaan dan ada yang dieksploitasi demi keuntungan penjajah. Adakah kita sudah menjadi lemah, gagal dan hancur terus? Tidak. Jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di seantero antarabangsa, tamadun Mesir, Greek (Yunani) Rom,Aztec serta tamadun-tamadun asli Amerika Tengah dan Selatan pernah hancur. Tetapi kita masih bergaya berdiri dengan tegap dan mantap. Selepas merdeka, negara kita dipimpin lebih baik daripada si penjajah. Adakah kita sudah kecundang? Tidak. Pada tahun 1969, berlaku rusuhan kaum di negara kita, adakah kita hancur? Tidak. Berkat kepimpinan yang strategik dan berwibawa, kita telah bangun semula daripada isu perpecahan kaum. Di Perhimpunan Agung PBB, kita mentang-mentang menegur Amerika dan Israel, adakah negara kita sudah tidak maju? Tidak. Ketika negara dilanda masalah ekonomi yang kronik, kita dinasihati untuk menerima bantuan daripada IMF dan Bank Dunia, tetapi kebijaksanaan pemimpin kita berjaya memulih masalah ekonomi dengan acuan kita sendiri. Kita tidak tumbang pun. Jadi kita tidak akan jatuh hanya semata-mata disebabkan oleh pengaruh atau kewujudan sesuatu kaum atau imperalis yang menekan kita. Jadi retorik, negara akan mundur atau kerajaan akan tumbang kerana terdapat parti-parti tertentu dalam pembentukan kerajaan oleh segelintir yang busuk hati itu, memang tidak masuk akal. Jika rakyat mempunyai keberanian, kecekalan dan iltizam untuk terus maju disertakan dengan kebijaksanaan dan karisma pemimpin, sudah tentu negara kita atau mana-mana kaum di negara kita tidak akan tumbang.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...