Lazimnya, keputusan STPM Sem 1 bagi kebanyakan pelajar memang tidak memberangsangkan kerana mereka terlalu leka dan cuai dalam Sem 1 dan mereka belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Sem 1. Ramai masih terkongkong oleh dunia SPM lagi...skop pemikiran mereka belum terbuka luas. Jangan risau. Just ulang sahaja subjek-subjek yang mengecewakan.. Pastikan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk menelaah nanti. Dalam keputusan keseluruhan, keputusan kertas 4 iaitu kerja kursus akan diambil kira. Pelajar tidak perlu risau. Mungkin ada guru-guru kata mana boleh dapat keputusan Sem 2 dan 3 yang lebih baik sedangkan keputusan Sem 1 pun sangat teruk. Itu cuma persepsi mereka sahaja. Pada keseluruhan nanti, pelajar akan memperoleh keputusan yang cemerlang. Sebagai pelajar yang sedang menuju ke era kematangan fikiran, lain kali jangan berikan alasan yang remeh untuk tidak menghadiri kelas-kelas bimbingan atau tuisyen. Lakukanlah ulangkaji dengan penuh serius dan komitmed di rumah. Jika fokus pelajar serius, tentu pelajar dapat melakukan yang terbaik. Percayalah. Ini suatu cabaran global. Pelajar wajib dan wajar tempuhinya. Guru-guru pula janganlah cepat melatah dan menghukum pelajar secara pramatang. Percayalah.... Saya guru STPM sejak tahun 1987.......
kisah-kisah kecil yang dilalui dalam sunyi, yang tidak disedari oleh orang lain, tapi membentuk diri saya sepenuhnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jejak Dalam Jeda
My Own Modules
For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...

-
Kita perlu ingat bahawa ada suatu kuasa yang agar di luar jangkaan kita. Itulah namanya Tuhan. Keseronokan selama dua minggu atau lebih menj...
-
Hari ini selepas kembali daripada briskwalk selama sejam dan 5 km pergi ke pasar awam. Sekembalinya sehingga pukul 12.15 tengah hari mengema...
-
Sebelum bertolak ke KL pada 8 Mac mata kiri agak gatal-gatal. Kerana tidak dapat bertahan dengan kegatalannya, maka saya menggaru dan mengel...
No comments:
Post a Comment