Monday, May 12, 2025

Pembubaran NGO

Pada Disember yang lalu NGO yang kami asaskan telahpun diluluskan oleh ROS. Bagaimanapun selepas dua bulan, kami terpaksa bubarkannya kerana kekurangan iltizam, tenaga dan dokongan. Pada mulanya mereka yang beria-ia untuk menyokong, kemudian menarik balik sokongan mereka.  Yang pasti tanpa sokongan golongan muda, NGO tidak dapat digerakkan. Ada yang lebih materialistik dan hedonistik ketimbang kerja-kerja sosial. Sejak pembubaran, kebanyakan hujung minggu saya dihabiskan bersama cucu tersayang di KL. Membawanya berjalan-,jalan secara santai di Taman Tasik Ampang Hilir ada hikmah tersendiri

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...