Saturday, May 17, 2025

Mengapa Saya Berblog


Mengapakah saya suka mengurung dalam bilik sambil menulis blog ini? Saya tidak pernah peduli tentang kemasyhuran, pengiktirafan, atau publisiti. Kini saya berubah menjadi pendiam. Saya semakin mengelakkan berjumpa dengan kawan-kawan di kedai kopi. Minum di kedai kopi hanya mengundang kesakitan sahaja. Kini saya memilih kawan-kawan tertentu sahaja. Tidak mahu berkawan dengan semua orang. Kecuali perlu sahaja. Jika ada sesuatu yang bernilai untuk dikongsi, maka saya kongsikan dengan mereka. Boleh dikatakan semakin hari semakin mengecil lingkaran kawan saya. Populariti dan publisiti bukan matlamat saya. Dulu mungkin. Tetapi bukan sekarang. Terkenal pun apa gunanya? Bukan dapat ramai pelajar pun untuk berguru dengan saya. Jadi menulis blog ini  bukan untuk mengejar sesuatu tetapi mencatatkan apa yang sedang saya hadapi dalam hidup.

Menjadi orang yang pendiam bermakna kejayaan saya tidak begitu menonjol, peluang yang saya ada kurang menguntungkan. Sudah banyak ikhtiar telah diambil untuk mempromosikan perkhidmatan saya. Tetapi nampaknya tidak berhasil juga. Oleh sebab itulah saya sudah berhenti menulis dan mempromosikan diri dalam facebook. Pengalaman, kemahiran dan ilmu yang ada pada saya, tidak siapa ingin menilainya. Saya juga bertekad untuk tidak lagi mahu meyakinkan orang mengenai kelebihan saya. Cukuplah......

Saya sedang cuba untuk menjadi seorang ekstrovert yang berilmu dan memaksa diri berada dalam situasi yang membuatkan saya rasa selesa, tetapi selalunya terasa agak janggal. Perkara yang paling memberi kesan dalam menarik peluang dan orang yang sealiran dengan saya adalah dengan menulis blog. Saya juga telah menarik diri daripada NGO dan parti politik.

Berblog menjadi sumber penemuan yang tidak disangka-sangka bagi saya, dan berblog adalah salah satu perkara yang memberi impak dalam hidup saya buat masa ini.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...