Tuesday, May 13, 2025

Refleksi Diri






Hari ini ke fisio HBM. Selepas briskwalk selama 40 minit saya terus ke fisio.  Sambil duduk menunggu giliran, beberapa perkara terlintas dalam fikiran. Kalau saya tahu menghormati usia saya, sudah tentu saya dapat mengelakkan banyak perkara dalam hidup. Selama ini saya terpengaruh dan terperangkap dengan ungkapan" usia itu cuma nombor". Inilah menyebabkan saya tergamak dan terlajak melakukan sesuatu perkara seperti orang muda konon. Jika diketahui lebih awal banyak perkara dapat dielakkan. Yang pertama patut jauhkan diri daripada mereka yang toksik. Mungkin kerana pengaruhnya kekadang kita terlanjur. Buat masa ini elakkan daripada melihat atau menatap sesuatu yang mengusik jiwa kalbu. Tindak-tanduk kita digerakkan oleh intuisi dan emosi kita semata-mata. Tidak membenarkan rasionaliti dapat berfungsi. Nasi sudah jadi bubur. Tetapi mesti bertekad jangan lagi ulangi perkara-perkara tersebut dalam hidup ini sehingga lah kita memejamkan mata buat kali terakhir. 


No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...