Monday, May 12, 2025

Kelas bimbingan

Saya mendapat tawaran masuk ke UM pada tahun 1983. Pada tahun 1984 saya ditawarkan mengajar Bahasa Melayu STPM di SMC dan juga di Kolej Stamford di Jalan Barat Petaling Jaya. Di kedua-dua lokaliti ini saya mengajar Sajak-Sajak Pilihan dan Kertas 1 BM iaitu karangan, ringkasan dan terjemahan. Pada tahun yang sama juga saya telah mengendalikan kelas BM STPM kepada seorang pelajar wanita di rumahnya, juga di Petaling Jaya. Pada tahun berikutnya pelajar tersebut mendapat tawaran kursus Perundangan di UM setelah mendapat gred A dalam BM STPM yang saya bimbingnya. Dia dan ayahnya yang sudah bersara datang ke Dataran Sastera UM untuk berjumpa dengan saya dan merakamkan penghargaan mereka kepada saya. Mulai 1984 sehinggalah tahun 2019 saya telah mengendalikan kelas-kelas BM dan Pengajian Am STPM kepada pelajar-pelajar SMC di Sentul, PJ, Brickfields, Sungai Petani, Kulim dan Pulau Pinang. Di Pulau Pinang sahaja SMC dianjurkan di SRJKT Jalan Sungai, SRJKT Ramakrishna, SRJKT Bharathi (sekarang di Bukit Gambir), Kolej Disted, Kolej Olympia dan akhir sekali di Pusat Pengajian Kemasyarakatan USM. Saya diperkenalkan kepada keluarga SMC oleh Dato' Sri SK Devamany. Pada ketika itu beliau ialah  Pengerusi  Persatuan Bahasa Tamil UM. Di samping bimbingan, saya kerap dijemput ke SMC Ipoh dan SMC Johor untuk mengendalikan seminar dan teknik menjawab BM dan PA. Pada tempoh 1983 hingga 1987, saya juga bergiat aktif sebagai guru dan pengurus sukarela untuk dua organisasi penting bagi etnik India di KL dan PJ iaitu Child dan EWRF. Setelah saya ditukarkan ke Kedah, sumbangan kepada Child dan EWRF sudah terhenti. Cuma saya menyambung khidmat bakti saya kepada SMC sahaja. Saya masih bersyukur kerana masih ada pelajar-pelajar yang mengenali saya dan menghubungi saya dari semasa ke semasa.  Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Child, EWRF dan SMC kerana mereka bukan sahaja membantu saya memahami erti kerja sukarela tetapi juga mereka membenarkan saya tinggal di premis mereka setelah saya tamat pengajian di UM.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...