Monday, March 17, 2025

Abescess, Surgeri, Follow-up, Tuntutan

Sebelum bertolak ke KL pada 8 Mac mata kiri agak gatal-gatal. Kerana tidak dapat bertahan dengan kegatalannya, maka saya menggaru dan mengelap mata banyak kali. Pada 9-11 Mac bengkaknya mula membesar. Walaupun angah meminta saya ke klinik di  KL untuk berubat, tetapi saya tetap degil hendak pergi ke klinik BM. Pada 11 hb setelah sampai di BM, kami terus ke klinik untuk berubat. Tetapi pesakit terlalu ramai. Kebetulan saya berjumpa dengan doktor kenalan di kedai makan, maka saya menunjukkannya lalu beliau menulis preskripsi. Setelah mendapatkan ubat, saya ke rumah untuk mengendlikan kelas enam atas PA dan BM Sem 2. Masih gatal-gatal juga walaupun makan antibiotik. Kelas BM dihabiskan setengah jam lebih awal.  Bongsu mendesak saya ke klinik sekali lagi. Doktor di sana menasihati supaya berjumpa dengan pakar mata. Pada keesokan hari iaitu 12 Mac, pagi saya mendapati terdapat 4 bintik seperti bisul di atas kelopak mata kiri. Bongsu mendesak ke LWE untuk berjumpa dengan pakar mata. 

Atas nasihat seorang doktor kenalan di LWE , kami berjumpa dengan Dr. C. Dr C menyatakan itu adalah abscess dan perlu drain out. Saya perlu menjalani pembedahan. Setelah saya membayar bayaran sebagai out-patient, kami ke unit admission. Di sana mereka minta kami menunggu untuk mendapatlan kelulusan daripada insurans Prudential BSN. Saya memanggil customer service mereka selama 3 kali untuk mengetahui kelulusan. Mereka memberitahu saya bahawa mereka akan menghubungi  pihak insurans secepat mungkin. Saya memberitahu bahawa saya berpuasa sejak pagi dan menunggu untuk dibedah. Setelah menunggu hampir dua jam pihak admission mendapat kelulusan. Selepas mendapat kelulusan, saya dibawa ke CT Scan untuk mengetahui sama ada nanah tersebut merebak ke bahagian lain. Saya turut diberikan contrast iaitu pewarna untuk melihat keadaan nanah dengan jelas. Selepas itu saya dihantar ke wad. Oleh sebab tiada bilik tunggal saya terpaksa berkongsi dengan pesakit lain. 

Pada pagi 13 Mac saya berpuasa dari 10 malam. Pada keesokan pagi 14 Mac darah diambil untuk memeriksa ujian darah dan renal function test. Pada pukul 11 pagi  Dr Bius datang. Dia menyuruh saya berunding dengan kardiologist kerana BP saya terlalu tinggi iaitu 150 ke atas dan 80 ke atas. Untuk mendapatkan keadaan sebenar jantung saya, Dr Bius menasihati saya menjalani ECG. Oleh sebab dalam ECG terdapat beberapa komplikasi maka saya dirujukkan kepada Dr T untuk melakukan endiograf. Dr T menyatakana keadaan jantung saya agak tidak sihat untuk dilakukan pembedahana. Katanya 5-6% ada risiko jantung berhenti atau  serangan. Katanya jika apa-apa berlaku sewaktu pembedahan, maka mereka akan melakukan endiogram dengan segera. Serangan boleh berlaku dalam proses pembedahan atau dalam tempoh sebulan. Saya hampir menangis dan takut mendengarnya. Saya berehat di atas katil dan diberikan ubat BP untuk menurunkan tekanan darah. Sekitar 1.30 tengah hari, saya dibawa ke bilik OT. Selama sejam lebih saya menunggu Dr Bius. Kemudian saya dibawa ke bilik dalam dan diberikan ubat bius seluruh badan atau General Anaesthesia. Selepas pembedahan saya difahamkan oleh jururawat bahawa saya juga dipanggil-panggil untuk membuka mata seperti pesakit-pesakit lain. Selepas itu saya dibawa ke wab semula. Malam itu tidur lena. OR juga tidur di sana 

Pada 15 Mac saya dibawa ke klinik Dr. C untuk memeriksa mata. Di sana mereka membuka balut dan membersihkan serta memberikan sekeping pelindung plastik. Saya diminta datang semula pada 17 Mac untuk follow up. Sebelum discharge saya diminta datang semula untuk berjumpa dengan kardiologist untuk follow up. Sulung menasihati saya, selepas 2 minggu saya berjumpa dengan doktor di Northern Heart Hospital. Tetapi masalahnya mereka enggan menerima kadi medikal Pru-BSN. Saya menghubungi Pru-BSN pula. Mereka menghantar mesej mengatakan bahawa Northern bukan hospital panel mereka. Jadi kami belum membuat keputusan. Bagaimanapun untuk Jumaat 21 Mac, saya mesti bejumpa dengan kardiologist Dr.T. 

Pada 18 Mac, saya berjumpa dengan Dr. C.  Beliau memberitahu luka itu sudah clear dan tiada lagi darah dan nanah. Pembantunya membersihkan kesan keruping dan luka serta membubuh ubat ointment pula. Di rumah selain mengambil ubat, saya juga membersihkan luka dan membubuh ointment serta memeriksa tekanan darah sebanyak 2 kali iaitu pada pagi dan malam. Saya juga diberitahu bahawa saya mesti menunggu dua minggu lagi untuk mendapatkan bil lengkap mereka. Dari LWE saya terus memandu ke pejabat insurans NUTP iaitu Tony Ng. Saya difahamkan saya boleh menuntut kos perubatan follow-up sehingga 60 hari. Saya diberikan borang untuk diisi selepas tamat semua follow up dalam tempoh 60 hari. Jika saya menjalani angiogram boleh juga tuntut dengan syarat ada admission. Hari ini saya mandi seluruh badan. Saya dinasihatkan supaya menggunakan tuala asing untuk mengelap mata.

Pada 21 Mac ke LWE lagi untuk follow-up dengan Dr.T. Pada 8 pagi ke makmal patologi untuk ujian darah. RM 170 dikenakan. Diminta menunggu dua jam untuk mendapatkan keputusan. Turun ke kafetria untuk bersarapan sebab malam sebelumnya puasa dari pukul 9 malam. Sambil makan teringat bahawa ubat BP lupa diambil setelah dimesj oleh bongsu. Saya menyangka bahawa jika berpuasa tidak boleh ambil ubat. Ubat Concor itu pula tidak dibawa. Bagaimanapun bongsu meminta saya memberitahu Dr. Saya maklumkan kepada petugas bilik Dr T. Dia menasihati supaya memaklumkan sahaja kepada Dr.T. Dari sana kami ke sebuah farmasi di hadapan LWE untuk membeli sepapan Concor berharga RM12. Selepas menalan ubat terus ke ruang menunggu. Oleh sebab kad diletakkan lebih awal, nombor giliran saya ialah 6. Dr T memberitahu saya bahawa kesemua keputusan baik kecuali kreatin dan LDL agak tinggi. Kretain turun dari 120 kepada 118. Manakala ubat kolesterol mesti diambil dariapada 20 mg kepada 40 mg. Dr T menasihati saya makan dua ubat BP. Sekali sahaja sehari. Dr T memberikan surat kepada KK kerajaan mengenai preskripsi ubat. Dr T memberikan ubat untuk sebulan. Yang lains aya mesti minta daripada KK kerajaan. Selepas 3 bulan saya mesti berjumpa dengannya semula. Saya tidak banyak bertanya sebab saya terbungkam dan buntu. Selepas pulang ke rumah saya melihat keputusan darah. Renal Funtion moderate sahaja kerana kreatin tinggi. Mengikut bongsu jantung ada kaitan dengan renal function. Sebab itulah Dr T minta saya mengambil dua ubat. Satu sebelum dan satu lagi selepas makan. Bagaimanapun tidak dicatatkan bahawa  jika HR kurang 60, mesti berhenti ambil ubat BP. Setiap kali pagi dan malam saya diminta bongsu untuk memeriksa BP. Dr T mengenakan RM 120. Saya bercadang berjumpa dengan Dr T Rabu akan datang. Rabu 26 Mac saya ada follow up dengan Dr C. Ada beberapa kemusykilan untuk ditanya kepada Dr T. 



No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...