Hari ini 15 Mei, pagi ke briswalk selama 1jam 18 minit sejauh 5.4 km. Menerima notifikasi bahawa mereka akan mengadakan pemilihan Bahagian. Saya memberitahu mereka supaya mereka meneruskan sahaja tanpa menghirau kehadiran saya kerana saya masih dalam kesakitan. Saya belum pulih sepenuhnya. Kadang-kadang kita ingin berubah, tetapi kenangan lama tetap datang mengganggu emosi. Kita mungkin pernah melalui sesuatu insiden yang sampai hari ini menyebabkan kita berasa menyesal. Overthinking itu memang kuat—Kita tertanya-tanya, “Orang masih ingat tak?” “Adakah mereka sengaja menjauhkan diri?” Tetapi... hidup kita mesti berjalan. Kita cuba belajar. Membaca pelbagai jenis buku, berfikir tentang hidup, prinsip, nilai diri. Kita ingin menjadi lebih baik, walaupun perlahan. Kita belajar satu perkara penting: kita tidak boleh mengubah masa lalu, tetapi kita boleh mengubah cara kita melihat diri kita hari ini.Kesilapan tu bukan noktah. Ia titik mula. Kita masih belajar, masih jatuh bangun. Tapi kita tahu... kita bukan siapa kita dulu. Kita ialah siapa kita pilih untuk jadi hari ini. Overthinking tentang pandangan orang lain. Realitinya, orang tidak selalu memikirkan kita sebanyak mana kita fikir mereka memikirkan kita. Kadangkala, mereka mungkin sudah melupakan insiden itu, atau tidak memandangnya sepenting mana. Kita yang membesarkannya dalam minda kita sendiri.
kisah-kisah kecil yang dilalui dalam sunyi, yang tidak disedari oleh orang lain, tapi membentuk diri saya sepenuhnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jejak Dalam Jeda
My Own Modules
For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...

-
Kita perlu ingat bahawa ada suatu kuasa yang agar di luar jangkaan kita. Itulah namanya Tuhan. Keseronokan selama dua minggu atau lebih menj...
-
Hari ini selepas kembali daripada briskwalk selama sejam dan 5 km pergi ke pasar awam. Sekembalinya sehingga pukul 12.15 tengah hari mengema...
-
Sebelum bertolak ke KL pada 8 Mac mata kiri agak gatal-gatal. Kerana tidak dapat bertahan dengan kegatalannya, maka saya menggaru dan mengel...
No comments:
Post a Comment