Monday, May 12, 2025

Saiz Chapati

Setiap kali ke restoran ini , teh tarik mereka tidak terlepas daripada menu saya. Lawatan ke Desa Pandan kali ini, saya terpaksa control minuman tersebut. Cuma minum teh bancuhan sendiri dengan menggunakan susu tepung,  tiada lagi susu pekat manis. Maklumlah, nak jaga badan konon. Chapati di sini dijual RM 2 sekeping tetapi saiznya kecil. Ketimbang chapati di Pelita BM, cuma RM 1.80 sekeping tetapi saiznya agak besar. Sudah lebih 30 tahun chapati menjadi menu makan malam bagi saya. Cuma berjalan kaki selama 3 minit sahaja dari penginapan saya ke restoran Desa Pandan ini.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...