Monday, May 12, 2025

Calon SPM Gagal

Jumlah calon yang gagal semua mata pelajaran SPM 2024 meningkat kepada 1,789 berbanding 1,467 pada tahun 2023. Mereka tidak dapat berfokus kerana mereka terpaksa membantu keluarga meringankan beban kewangan. Bukan kerana malas belajar. Jika malas tentu mereka tidak akan melakukan kerja sambilan pada waktu malam atau selepas waktu sekolah. Jangan lagi menuding jari kepada mereka. Apakah persediaan yang telah dilakukan oleh pihak yang berkaitan untuk membantu pelajar-pelajar seumpama ini? Tepuk dada, tanya selera. Keadaan yang terdesak dan keluarga yang kurang mampu menyebabkan mereka kecundang dan tergelincir. Kemiskinan tidak dapat menyediakan sebarang keperluan untuk mereka belajar di rumah. Jangan jadikan pelajar yang cemerlang itu sebagai hero, mereka yang tewas inilah hero dalam realiti hidup. Mereka sudah masak dengan keadaan keluarga, ketidakmampuan keluarga dan keprihatinan mereka terhadap situasi keluarga lebih tinggi. Tak sanjung mereka tak apa, janganlah sering bandingkan mereka dengan yang berjaya cemerlang dalam SPM.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...