Monday, May 12, 2025

Reality Show

Kita janganlah tertipu dengan sebarang rancangan reality show ZEE dalam apa jua bahasa kerana mereka bermain dengan emosi kita. Emosi adalah pendapatan mengikut pencetus idea iaitu Dr Subash Chandra, salah seorang pengasas dan perintis TV ZEE ini.   Reality show ZEE ini memperoleh keuntungna berjuta-juta malah berbilion-bilion ringgit hanya semata-mata dengan menagih simpati penonton terhadap rancangan-rancangan mereka. Empowerment wanita menjadi salah satu tema mereka dalam drama bersiri. Kebanyakan latar dan plot drama mereka berfokuskan perjuangan dan emansipasi seorang wanita. Memang tidak dapat disangkal bahawa kebanyakan aundiens mereka adalah wanita khususnya suri rumah. Wanita menjadi wira utama dalam drama dan mereka digambarkan betapa getir dan onak yang dihadapi sehingga berjaya menyelesaikan sesuatu kemelut, sama ada kemelut itu kemelut perniagaan, kemelut keluarga ataupun konflik dalamannya. Begitu juga reality show berunsur pertandingan nyanyian. Pemenang ditentukan oleh undian yang dibuat oleh audiens. Untuk memenangkan seseorang peserta, pihak penerbit  mempertontonkan latar belakang keluarga peserta. Antaranya peserta itu berasal dari sebuah keluarga yang  miskin dan menghuni sebuah rumah yang daif serta serba kekurangan. Tidak kurang pula, pihak penerbit ZEE juga membawa ahli keluarga atau jiran atau kawan peserta tersebut yang rata-ratanya miskin tampil ke pentas dan akan bercakap mengenai peserta tersebut. Tambahan pula  pihak juri atau hakim yang mengadili reality show itu menunjukkan wajah yang beremosi malah ada yang menangis dan tidak kurang pula ada yang sangat teruja akan persembahan peserta. Ini seolah-olah lakonan untuk menaikkan emosi dan belas kasihan kita terhadap peserta. Jadi inilah stategi yang dicetuskan oleh penerbit supaya rancangan mereka sentiasa mendapat sambutan penonton. Walaupun pihak ZEE memperoleh keuntungan beribilion-bilion ringgit tetapi peserta yang johan hanya di berikan 0.1% daripada keuntungan mereka sebagai hadiah wang tunai. Sudahlah...jangan lagi bermain dengan emosi audiens.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...