Monday, May 12, 2025

Graduan Kini

"Gaji permulaan graduan hari ini sewajarnya berada pada paras RM7,000 hingga RM8,000 bagi mencerminkan nilai ekonomi semasa. Realitinya, graduan baharu di Malaysia hanya menerima antara RM2,000 hingga RM3,000" - Mantan  Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim, Sin Chew Daily dlm Astro Awani pd 04/05/2025.

Dalam konteks harga barang,  apabila permintaan lebih daripada penawaran maka harga barang tersebut akan naik. Dalam konteks upah pula, apabila permintaan terhadap sesuatu pekerjaan itu lebih tinggi daripada penawaran, maka upah akan menurun. Sebab di luar sana, masih ramai yang menganggur. Pada era 80-an, sewaktu saya belajar dan berijazah dari UM,  yuran kelas tuisyen memang tinggi. Tetapi sekarang ramai graduan sanggup pergi  ke rumah orang dengan bayaran cuma RM160 sebulan. Ada yang sanggup mengajar untuk RM15 sejam. Berasa kasihan melihat graduan kita. Apakah ini memperlihatkan nilai ekonomi kita semakin merudum atau graduan kita semakin hilang taring mereka?

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...