Monday, May 12, 2025

Mula Dikenali

Sejak nama saya tersiar dalam majalah Budiman, saya mula dikenali dalam kalangan guru. Sebuah psat tuisyen di Petaling Jaya menawarkan saya jawatan  tutor sambilan untuk mengajar BM di peringkat STPM dan sebuah NGO di Kuala Lumpur membawa saya menjelajah beberapa negeri di Malaysia untuk mengadakan seminar BM STPM secara roadshow atau jerayawara. Saya masih ingat saya pernah mengendalikan kelas BM STPM kepada sekumpulan guru yang sanggup datang dari Negeri Sembilan. Kelas ini telah saya kendalikan di bawah tangga bangunan Fakulti Ekonomi. Tiga daripada lima orang guru tersebut telah menjadi junior saya di UM pada tahun berikutnya. Saya amat bangga kerana anak didik saya mendapat tawaran masuk ke UM. Begitu juga saya ditawarkan untuk mengajar di Stamford College, Jalan Barat PJ, di Vanto Academy  PJ dan di sebuah NGO di Jalan Utara PJ. Semua kesempatan ini dapat membantu saya menjadi seorang guru yang berjaya. Banyak input dan ilmu yang amat berharga dapat saya peroleh daripada tokoh-tokoh ilmuan dan cendekiawan UM  dalam BM dan Sastera seperti Prof.Asmah Hj omar, Prof .Nik Safia Karim, Prof. Latif Bakar, Prof. Abu Bakar Hamid,Prof. Ismail Hussein, Prof. Mohd Taib Osman, Prof. Madya Lutfi Abas, Prof. Madya Umar Junus, Prof. Madya Hashim Awang, Prof. Madya Dr. Wahab Ali , Prof. Madya Kak Anis, Prof. Madya Dharmawijaya dan banyak lagi. Tanpa didikan dan bimbingan mereka nescaya saya tidak dapat menjadi seorang guru dan kemudian menjadi seorang Guru Cemerlang. Walaupun sudah setahun saya bersara, pelajar-pelajar masih datang mencari saya untuk mendapatkan  bimbingan BM. Saya amat terhutang budi kepada Allahyarham Abdullah Tahir kerana tanpa nasihat dan bimbingan beliau, sudah pasti saya tidak dapat  menjadi seorang pendidik. Kepada mereka yang masih hidup, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan kepada yang sudah pulang ke rahmatullah, saya sedekahkan Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...