Hidup orang bersara ini seperti kad metrik universiti. Saya pernah menggunakan 3 kad metrik . Satu untuk BA Hons, satu untuk MA dan satu lagi untuk PhD. Semua kad tersebut sekarang sudah ditamatkan. Saya tidak lagi dibenarkan menggunakan perpustakaan mereka tanpa kad metrik ini. Saya pernah memohon kad perpustakaan orang awam selepas tamat PhD. Kad tersebut pun sudah tamat tempohnya. Pada suatu hari saya memohon belas ihsan seorang pustakawan universiti untuk masuk dan membaca jurnal terkini dan buku-buku terkini mengenai bidang kedoktoran saya. Nostalgia. Memang sukar dilupakan hidup sebagai mahasiswa. Saya begitu asyik dan leka menekuni beberapa buah jurnal. Tiba-tiba lampu perpustakaan dipadamkan. Saya dalam keadaan gelap. Pustakawan tersebut mungkin terlupa saya masih berada di celah-celah rak buku. Kini saya menyamai diri saya dengan sekeping kad metrik juga. Apabila tamat tempoh khidmat, tidak sesiapa pun peduli tentang keberadaan dan kewujudan saya. Ungkapan Amerika ada sebut "that's how the cookie crumbles" . Maksudnya: sesuatu terjadi secara tidak dapat dielakkan atau tidak mengikut kehendak, dan kita perlu menerimanya. Begitulah lumrahnya hidup.
kisah-kisah kecil yang dilalui dalam sunyi, yang tidak disedari oleh orang lain, tapi membentuk diri saya sepenuhnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jejak Dalam Jeda
My Own Modules
For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...

-
Kita perlu ingat bahawa ada suatu kuasa yang agar di luar jangkaan kita. Itulah namanya Tuhan. Keseronokan selama dua minggu atau lebih menj...
-
Hari ini selepas kembali daripada briskwalk selama sejam dan 5 km pergi ke pasar awam. Sekembalinya sehingga pukul 12.15 tengah hari mengema...
-
Sebelum bertolak ke KL pada 8 Mac mata kiri agak gatal-gatal. Kerana tidak dapat bertahan dengan kegatalannya, maka saya menggaru dan mengel...
No comments:
Post a Comment