Monday, May 12, 2025

Guru Inefektif

Posting ini kepada guru-guru yang ineffective dalam pengajaran maya sahaja, tidak dirujuk kepada semua guru secara total.  Saya rasa terpanggil apabila seorang guru menghadap skrin komputer sambil mengharap pelajar-pelajarnya  mengikuti kelas dalam taliannya. Ramai guru tidak mengajar dengan menghadapi pelajar secara bersemuka dalam talian.Ada yang mempertontonkan video dalam telegram atau WhatsApp. Kemudian suruh pelajar menonton sehingga habis. Selepas itu mereka memberikan pelajar tugasan dan menyuruh mereka menghantar tugasan tersebut  dalam dua atau tiga hari. Malah minta pelajar menaip dan menghantar e-mel kepada guru. Ada guru bergantung pada WhatsApp 100 peratus. Jadi tidaklah berlaku komunikasi dua hala yang sangat penting dalam PdPc. Tentulah kehadiran pelajar ke kelas online guru sekolah merosot berbanding guru tuisyen. Guru tuisyen mempergunakan waktu 100 peratus untuk mengajar dengan menjelaskan topik secara bersemuka maya. Pelajar kita memerlukan penjelasan dan penerangan guru dari mata ke mata bukan sering menggunakan bahan sekunder untuk menjelaskan sesuatu. Jadi guru hendaklah menerangkan konsep-konsep penting. Selepas pelajar-pelajar memahaminya, barulah tayangan video dsb boleh dipertontonkan. Bagaimana jika pelajar lemah dalam menaip? Sudah nescaya mereka tidak dapat meluahkan fikiran mereka secara bebas. Apa salahnya pelajar merakamkan tulisan tangan mereka dan WhatsApp kepada guru untuk disemak. Nota berjela-jela panjang pun tidak wajar dihantar kepada pelajar. Keupayaan memori dalam telefon ayah bondanya terhad.Yang penting biarlah nota guru sedikit tetapi pemahaman pelajar mestilah semaksimum mungkin. Hal ini hanya dapat tercapai jika guru memahami sukatan lebih mendalam dan menjelaskanya dengan lebih yakin.Guru bukanlah  moderator sebaliknya hendaklah menjadi narator yang berkesan.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...