Tuesday, April 22, 2025

Fisio Sebabkan Kencing Berdarah

Pada 21 ke Hospital BM untul fisio. Setelah diperiksa jurupulih  memberitahu saya bahawa saya tidak mengalami frozen shoulder sebab jika frozen shoulder, saya langsung tidak dapat mengangkat tangan ke atas. Dalam kesa saya, saya boleh mengangkat tangan dan boleh menyentuh belakang tanpa sebarang sakit pun. Jurupulih memberitahu bahawa saya mengalami soft tissue injury atau kecederaan tisu lembut atau tendon dalam bahu ada koyak sedikit. Beliau menunjukkan beberapa senaman dan letakkan hotpad di atas bahu. Sulung dan menantu memberitahu bahawa koyakan tendon adalah perkara biasa pada usia ini. Lambat-laun koyakan tersebut akan bercantum semula. Sekembali rumah sebelum masuk tidur pada pukul 10.30 malam saya mendapati kencing saya bercampur darah. Saya biasa alaminya setelah melakukan senaman yang kuat. Oleh sabab saya mengangkat dumbell di fisio, maka darah keluar dalam kencing.  Pada 2.30 pagi kencing biasa sahaja. Pada 22 April saya melakukan fisio sendiri dan mendapati kencing berdarah lagi tetapi tidak sepekat kelmarin. Warna oren gelap. Kemudian pada malam pula  kencing biasa. Jadi  senaman fisio menggunakan tangan kanan ini menyebabkan kencing berdarah. Sebarang simptom lain tiada. Menurut AI selepas menerima suntikan stereoid  kena tunggu 3 hari dan kemudian saya boleh teruskan senaman. Tetapi yang merisaukan ialah kencing berdarah tersebut. Dr L tidak membenarkan saya mengambil suntikan kedua. Suntikan Dr H  tidak begitu berkesan kerana pada hari yang sama saya sudah mengalami kesakitan atau keradangan bahu. Tangan dan lengan terasa sepeti dipulas. Malah sukar bagi saya masukkan tangan ke dalam poket saya. Jurupulih mencadangkan untuk beberapa hari jangan lakukan kerja berat dengan menggunakan tangan kanan. Saya pun buntu sekarang. Masalah mata bengkak, frozen shoulder, kencing berdarah dan stres kerana tiada sumber wang sering menghantui saya sehingga saya tiada semangat seperti sedia kala. 



No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...