Monday, May 12, 2025

Usia Senja

Kekosongan hidup dalam usia senja memang tidak dapat dielakkan, kendatipun seseorang itu tinggal di kondo yang mewah dengan segala kemudahan yang sofistikated. Kehilangan seseorang yang sangat disayangi khususnya pasangan hidup adalah sesuatu yang sangat mencabar dalam hidup seseorang. Luka yang dialami tidak dapat diganti hatta diubati oleh zuriat atau cucu mereka sendiri. Mereka seolah-olah hilang segala-galanya. Mereka merasakan mereka terpisah daripada dunia sekelilingnya. Pada ketika inilah ada yang tidak peduli langsung kawan-kawan mereka. Mereka dalam keadaan tertekan dan beremosi serta sentiasa hidup dalam nostalgia.

Pendek kata keperitan yang dialami tidak berganti. 

Seorang kawan saya kehilangan isterinya hampir 10 tahun dulu. Beliau kurang bercakap dan enggan berkomunikasi dengan kami. Dulu kami kawan seuniversiti. Beliau sudah berputus asa, berputus harapan untuk hidup normal seperti orang lain. Pada mulanya kami menganggap beliau akan kembali kepada keadaan sedia kala. Tetapi tidak pernah. Beliau memberitahu kami bahawa sebelum pasangannya meninggal, setiap pagi dan malam tanpa berputus, pasangannya akan mengirimkan mesej selamat pagi dan selamat malam walaupun mereka tinggal sebumbung dan sebilik. Pada majlis pengebumian isterinya, beliau berkata perkara yang paling dirinduinya ialah mesej-mesej tersebut. Untuk meredakan emosinya lantas saya memberitahunya,“kalau awak mahu, saya boleh kirimkan mesej setiap pagi dan malam. Beliau dengan wajah yang sugul menggelengkan kepalanya. kami faham, tempat isteri tidak sesiapa boleh menggantikannya.....


tetiba saya teringat lagu Andmesh Kamaleng,


Kuingin saat ini engkau ada di disini,

Tertawa bersamaku seperti dulu lagi,

Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah,

Bukannya diri ini tak terima kenyataan,

Hati ini hanya rindu.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...