Ada ibu bapa memohon jasa baik saya untuk menulis kepada LPM untuk menyemak semula skrip peperiksaan anak mereka. Saya memberitahu itu adalah urusan sekolah dan LPM ada formatnya sendiri untuk merayu. Ibu bapa tidak berpuas hati apabila anak tidak mendapat semua A+, walaupun sudah skor A atau A-. Antaranya harapan menggunung tinggi – Mereka rasa anak mereka sudah berusaha keras, jadi mereka menjangkakan keputusan cemerlang (semua A+). Mereka suka berbanding dengan kawan-kawan yang mungkin skor lebih tinggi walaupun sama tahap. Mungkin faktor emosi & tekanan sosial – Apa kata rakan dan saudara mara jika tidak mendapat semua A+. Malah mereka juga percaya bahawa ada kesilapan dalam pemarkahan. Penyemakan semula bukan jaminan markah akan berubah. Proses semakan semula hanya memastikan tiada kesilapan teknikal. Pemeriksa biasanya melalui moderasi ketat dan markah diberi secara profesional.
kisah-kisah kecil yang dilalui dalam sunyi, yang tidak disedari oleh orang lain, tapi membentuk diri saya sepenuhnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jejak Dalam Jeda
My Own Modules
For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...

-
Kita perlu ingat bahawa ada suatu kuasa yang agar di luar jangkaan kita. Itulah namanya Tuhan. Keseronokan selama dua minggu atau lebih menj...
-
Hari ini selepas kembali daripada briskwalk selama sejam dan 5 km pergi ke pasar awam. Sekembalinya sehingga pukul 12.15 tengah hari mengema...
-
Sebelum bertolak ke KL pada 8 Mac mata kiri agak gatal-gatal. Kerana tidak dapat bertahan dengan kegatalannya, maka saya menggaru dan mengel...
No comments:
Post a Comment