Monday, May 12, 2025

Meals Station KTM

Pagi ini bertolak dari Villa U-Thant ke KL Sentral. Selepas menghantar cucu ke prasekolah, anak menghantar saya ke KL Sentral. Oleh sebab saya mengalami kecederaan tisu lembut di bahu @ rotator cuff saya cedera, cucu saya membantu menarik beg troli saya ke kereta. Sebelum saya bertolak ke stesen, cucu berpesan , " Tata go and see Dr." Kelmarin dia tolong saya urutkan bahagian bahu saya.  Seperti biasa saya singgah di Meals Station untuk bersarapan. Saya memesan bihun Siam. Etahlah mengapa bihun Siam kering susah dikunyah? Tersilap membeli di Meals Station di KL Sentral.  Mungkin sebab teksturnya yang lebih keras atau liat ketimbang bihun jenis lain. Mungkinkah bihun itu kering kerana tidak cukup direndam atau dimasak? Bihun tidak kenyal dan susah dikunyah.. Pesan pula roti bakar. Jadual perjalanan11.40 pagi nanti. Masih ada masa untuk update.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...