Monday, May 12, 2025

Hidup sebagai Mahasiswa

Sebagai seorang mahasiswa di UM pada tahun 1983, saya melanjutkan pelajaran dengan wang saya sendiri (self-funding). Ramai juga bertanya bagaimana saya dapat hidup selama tiga tahun di KL itu? Tidak satu sen pun saya terima dari kampung.NLFCS membantu dari segi yuran pengajian. Makan, minum, penginapan, duit petrol motor, wang saku, duit belanja buat tugasan dan aktiviti universiti yang lain, kena tanggung sendiri. Saya dapat ditawarkan mengajar BM STP di  Stamford College , Jalan Barat. Dua minggu sekali, bayaran RM 100.00. Kemudian mendapat peluang mengajar home tuition untuk seorang pelajar wanita juga di PJ. Saya mengajar BM STP dengan bayaran RM 120.00 sebulan. Pada tahun berikutnya,  dia datang mencari saya di UM bersama ayah pesaranya untuk menzahirkan terima kasih kerana dia mendapat A dalam subjek yang saya ajar malah dapat tawaran buat Law di UM. Saya cukup bangga kerana titik peluh saya tidak sia-sia. SMC sebuah badan NGO/NPO menawarkan saya mengajar BM STP di PJ, Sentul dan Bricksfield. Jumlahnya dapat sebulan RM 360.00 sebulan. Begitulah saya dapat mencari makan sambil belajar di UM sehingga tahun 1986. Saya menjimatkan belanja dan kirimkan sedikit ke kampung halaman. Ketika itu menoreh getah di ladang tidak menjamin pendapatan yang lumayan.  Tidak seperti pelajar sejurusan saya yang lain, ada yang hidup mewah dan ada yang mendapat biasiswa. Cuma tiba-tiba teringat kisah lama dan iktibar untuk pelajar saya yang akan menjejak kaki di universiti tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...