Pagi ini saya ke Hospital Lam Wah Ee (HLWE) untuk berjumpa dengan pakar ortopedik. Dalam sesi konsultasi tersebut, doktor memaklumkan bahawa surat jaminan (GL) hanya meliputi kes-kes serius seperti pembedahan, dan ia biasanya memerlukan pesakit untuk bermalam di hospital.
Saya bertanya kepada doktor sama ada terdapat alternatif selain melakukan imbasan MRI. Beliau menjawab supaya saya mencuba rawatan fisioterapi terlebih dahulu dan melihat perkembangannya dalam masa sebulan. Menurut doktor, hasil X-ray yang saya bawa menunjukkan keadaan tulang saya adalah normal. Imbasan MRI hanya diperlukan untuk melihat sekiranya terdapat koyakan pada tendon. Menurut doktor ortopedik, kesakitan yang saya alami boleh dirawat dengan rawatan fisioterapi secara konsisten. Mengenai suntikan, dia kata, it's not advisable.
Menurut ahli fisioterapi pula, koyakan pada tendon tidak dapat dirawat melalui fisioterapi. Namun, fisioterapi boleh membantu bagi memastikan koyakan tersebut tidak menjadi lebih serius. Dr Otopedik dan fisioterafis kata saya boleh jalani fisio di hospital kerajaan. Cuma menunjukkan surat rujukan daripada doktor otopedik sahaja.
Hari ini, sesi fisioterapi di HLWE dikenakan caj sebanyak RM80. Sesi seterusnya dijadualkan pada hari Rabu minggu hadapan. Minggu lepas, pergerakan tangan saya hanya mampu dibuka hingga 90 darjah sahaja. Tetapi hari ini, menurut Ina – ahli fisioterapi saya – tangan saya sudah boleh diluruskan dengan lebih baik.
Selepas selesai berjumpa doktor, saya terus ke bahagian fisioterapi untuk cuba mempercepatkan temujanji. Malangnya, semua slot telah penuh. Kemudian, saya ke kantin HLWE untuk makan tengah hari sebelum pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, saya menempah tiket ETS ke Kuala Lumpur. Sekitar jam 1 tengah hari, saya kembali semula ke HLWE untuk sesi fisioterapi.
Saya berpendapat bahawa jika keadaan saya benar-benar serius, sudah tentu doktor akan menyarankan imbasan MRI dengan bantuan ubat pelali atau ubat tidur. Namun begitu, perkara itu langsung tidak disebut hari ini. Sebaliknya, beliau hanya menyarankan saya mengambil Panadol sebagai rawatan awal.
No comments:
Post a Comment