Tuesday, July 15, 2025

Antara Realiti dan Sandiwara Kemanusiaan di Media Sosial


Sekarang ini saya rasa defisit kemanusiaan makin ketara. Ramai yang nampak mulia dan prihatin dalam media sosial — kononnya baik hati, penuh empati, seolah-olah hidup mereka hanya untuk menolong orang susah. Tapi bila tengok kehidupan sebenar, lain ceritanya.

Berapa ramai sebenarnya dalam kalangan kita yang berpendidikan tinggi betul-betul sanggup turun padang bantu golongan terpinggir? Ramai yang lebih selesa dengan dunia sendiri, tak ambil peduli pun tentang nasib mereka yang hidup susah, terbiar atau dipinggirkan.

Hari-hari saya scroll media sosial, penuh dengan kisah moral, video sedih, kata-kata motivasi konon nak menyedarkan orang. Tapi saya terfikir juga, adakah mereka ini hanya pandai berkongsi kisah-kisah menyentuh hati… atau mereka sendiri turun padang hulur tangan bila orang perlukan bantuan?

Realitinya, kemanusiaan itu bukan untuk dipamerkan di media sosial — tapi untuk diamalkan dalam kehidupan harian. Tanpa lakonan.

Menurut Paulo Freire (1970), kemanusiaan yang autentik hanya dapat dibentuk melalui praxis, iaitu gabungan antara refleksi kritikal dan tindakan transformatif. Dalam karyanya Pedagogy of the Oppressed, Freire menegaskan bahawa manusia hanya dapat merealisasikan kemanusiaan mereka yang sejati apabila mereka melibatkan diri secara aktif dalam usaha membebaskan diri dan orang lain daripada struktur penindasan. Justeru, kemanusiaan bukan sekadar ekspresi simbolik atau retorik moral, tetapi harus dizahirkan melalui penglibatan langsung dengan realiti sosial.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...