Monday, July 21, 2025

Peminggiran sosial

Kontemporari, peminggiran atau penyisihan kelompok tertentu menjadi perhatian global. Kumpulan ini perlu diprioritasikan, kerana pembangunan negara yang lestari dan mapan tidak akan tercapai tanpa mencakupkan kumpulan ini dalam dasar-dasar negara. Boleh dikatakan sesebuah negara itu gagal tanpa menginklusifkan kelompok yang terpinggir. Kita mahukan setiap kumpulan marginal ini menikmati kemakmuran, kedamaian dan kesejahteraan hidup.

Saya merasakan buku ini mengangkat "suara" kelompok marginal agar mereka mendapat perhatian, sokongan dan dokongan yang relevan. Terdapat 12 bab dalam buku ini. Setiap bab membincangkan setiap kumpulan terpinggir, misalnya warga emas, banduan, ibu tunggal, penagih dadah, pesakit mental dan komuniti miskin. Setiap bab diulaskan dan dihuraikan dengan fakta dan data terkini. Saya amat tertarik terhadap bab yang bertajuk, "Peminggiran Sosial dalam Kalangan Warga Emas: Intervensi ke arah Penuaan Sihat. Bab ini memang relevan dan terkait dengan kehidupan saya kini. Bagi saya setiap warga emas perlu membaca dan menghadamnya.

Kita jangan sekali-kali memikirkan kita akan terus hidup seperti ini sehingga bila-bila. Apabila sampai masanya, kita tidak dapat "lari" daripada pelandaan beberapa masalah. Adalah lebih baik kita dapat mengetahui apakah masalah-masalah yang bakal kita harungi dalam bahtera hidup ini. Bukan segala-galanya indah seperti dalam kayangan. Kita perlu berpijak di dunia realiti

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...