Saudara-saudari sekalian,
Sering kali kita dengar kerajaan dan pemimpin bercakap
tentang peluang ekonomi untuk rakyat.Tetapi hari ini, izinkan saya tekankan
satu perkara penting:
> Apa yang diminta oleh golongan terpinggir bukan sekadar
peluang ekonomi, tetapi keadilan ekonomi.
Apa ertinya peluang jika ia hanya dibuka kepada mereka yang
sudah pun ada akses, ada jaringan, ada modal?
Apa maknanya subsidi dan geran jika proses memohonnya tidak
mesra kepada yang benar-benar memerlukan?
Golongan miskin bandar, pekerja bawahan, ibu tunggal,
masyarakat India di estet dan kampung baru — mereka bukan malas. Mereka tidak
mahu belas kasihan.
Mereka mahu sistem yang adil. Mereka mahu peluang yang boleh
dicapai, bukan sekadar diumum di sidang media.
Keadilan ekonomi bermaksud:
+Akses pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak mereka.
+Pinjaman perniagaan yang tidak dibolot oleh golongan
atasan.
+Peluang pekerjaan yang tidak ditapis atas dasar bangsa atau
jaringan politik.
Kita tidak minta layanan istimewa.
Kita minta pembetulan kepada ketidakadilan yang telah
dibiarkan bertahun-tahun.
Dan jika kita gagal mendengar suara mereka,
jangan terkejut bila mereka beralih kepada kuasa tidak
rasmi, gengsterisme, atau kehilangan harapan. Kerana di situlah mereka rasa
dihargai, walaupun secara salah.
Justeru itu, marilah kita mendesak agar keadilan ekonomi
menjadi dasar utama negara — bukan retorik, tetapi realiti
Saya seorang penyokong kuat pemikiran ahli falsafah dan
pendidik dari Brazil — Paulo Freire. Saya percaya bahawa pendidikan bukan
sekadar alat untuk mengisi kepala pelajar dengan fakta, tetapi senjata untuk
membebaskan minda, menentang penindasan, dan membina masyarakat yang
adil."
Dalam masyarakat yang terpinggir, seperti komuniti miskin
bandar atau luar bandar di Malaysia — terutamanya dalam kalangan pelajar kelompok B40 — pendekatan Freire amat
relevan. Kita tidak boleh lagi mendidik secara satu hala. Kita mesti mendengar
suara mereka, memahami realiti mereka, dan membina pembelajaran secara dialog.
No comments:
Post a Comment