Monday, July 21, 2025

Laluan rutin


Setiap kali saya melalui laluan rutin briskwalk saya, fikiran saya terus melayang ke era 1970-an dan 1980-an apabila saya pernah tinggal di estet getah.

Walaupun beberapa estet getah telah mendapat jalan berturap, bekalan elektrik dan air, tetapi mereka masih tidak terhindar daripada pelbagai masalah. Antaranya pendapatan yang tidak mencukupi, ada yang masih tidak boleh mengakses Internet dan ada murid-murid estet yang terpaksa berjalan beberapa kilometer ke sekolah berdekatan. Estet-estet kecil tidak menyediakan kemudahan sekolah, maka murid-murid estet hendaklah berjalan kaki ataupun membonceng motosikal ibu bapa ke sekolah. Kebanyakan sekolah di eset amat kecil, tidak banyak kemudahan serta bilangan guru dan murid juga agak rendah. Jadi masalah yang ketara ialah meningkatkan kecemerlangan murid dalam akademik. Murid-murid ini hanya bergantung kepada guru di sekolah. Setelah pulang ke rumah, ibu bapa tidak berupaya membantu anak-anak mereka kerana kebanyakan ibu bapa tidak berpelajaran. Maka ini menyebabkan prestasi murid itu merosot, kecuali guru-guru yang baik hati menempatkan murid di sekolah, menyediakan makan minum dan memberikan kelas bimbingan secara percuma. Kini rakyat tempatan yang menghuni estet tidak banyak lagi. Tempat mereka digantikan oleh pekeja-pekerja asing. Setelah beberapa estet telah bertukar tangan, penduduk asal estet sudah berpindah ke pekan yang berdekatan untuk mencuba nasib mereka di sana. Bagaimanapun kita masih boleh bersyukur kerana terdapat beberapa NGO dan parti politik memberikan sumbangan dan bantuan kepada penduduk estet dari semasa ke semasa, termasuk membantu sekolah-sekolah di estet dari segi kemudahan yang paling asas.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...