Sunday, June 29, 2025

Mengimbau Kehidupan Awal Pasca-Kemerdekaan: Sebuah Refleksi Sosial

Pada tahun-tahun awal negara kita mendapat merdeka, kehidupan di Malaysia sebagai sesuatu yang ringkas, sederhana dan moderate serta berperikemanusiaan. Kemiskinan memang wujud. Tetapi semangat muhibah antara komuniti pelbagai kaum dapat menyatupadukan semua kaum. Semua kaum rata-ratanya miskin. Jadi tiada prejudis ataupun berdendam. Kita diajari oleh guru daripada semua lapisan etnik. Pelajar juga mempelajari budaya  etnik lain daripada guru-guru mereka secara tak langsung. Malah penggunaan perkataan keling, kafir dan babi dan sebagainya sudah normal dalam interaksi pelajar pelbagai etnik. Saling memahami dan menghormati lebih terserlah daripada aspek lain. Penggunaan bahasa inggeris dalam kalangan semua etnik adalah sesuatu yang inklusif bukan megah atau menunjuk-nunjuk. Hari ini, semangat keMalaysiaan itu sudah tiada lagi. Kepercayaan sosial sudah defisit.  Begitu juga nilai kemanuesiaan dalam kalangan pelbagai kaum juga sudah defisit. Untuk menghidupkannya kembali kita perlu pedagogi kritis yang mendalam, yang mampu menanamkan kesedaran sosial, empati, serta semangat perpaduan yang sejati dalam kalangan generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...