Pagi tadi di KLIA, saya menyaksikan sendiri insiden yang menyedihkan. Seorang warga tempatan memarahi seorang pekerja pembersihan warga asing yang hanya meminta izin untuk membersihkan tandas sebelum digunakan. Tindakan pekerja tersebut adalah wajar dan profesional, namun dibalas dengan herdikan.
Ironinya, ramai warga Malaysia sendiri bekerja sebagai buruh am atau melakukan pekerjaan kasual di Singapura dan negara lain. Menurut statistik rasmi, ribuan rakyat Malaysia bergantung kepada sektor pekerjaan 3D di luar negara sebagai sumber rezeki.
Di Singapura,
daripada 430,000 orang yang bekerja:
26 % adalah buruh kasar @ 112,000 orang.
Pekerjaan yang biasa disertai oleh golongan ini termasuk dalam sektor :
Pembinaan
Sekuriti & pembersihan
Makanan & minuman (F&B)
Pengendalian mesin kilang
Pemandu lori
Oleh itu marilah kita tanamkan rasa hormat dan belas ihsan terhadap insan-insan yang menyumbang, walaupun dalam ruang kerja yang kerap dipinggirkan. Hormatilah mereka sebagaimana kita mahu rakyat kita dihormati di negara orang.
No comments:
Post a Comment