Memandu kereta di Kuala Lumpur pada waktu malam memang boleh mencetuskan rasa panik, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak biasa dengan laluan di ibu kota. Mujurlah ada bantuan aplikasi Waze, walaupun saya masih berasa agak gelabah.
Malam tadi, saya ke restoran Sri Paandi untuk makan malam, turut ditemani oleh kedua-dua besan saya. Saya rasa agak bertuah kerana berjaya mendapatkan tempat letak kereta betul-betul di hadapan restoran, dalam petak yang sah.
Selepas makan, kami berjalan-jalan sebentar di kawasan sekitar restoran. Kemudian, kami pulang semula ke Villa. Dalam perjalanan pulang, saya menerima panggilan video daripada anak yang kini berada di Dubai. Dia sempat menunjukkan kedua-dua cucu saya. Menurutnya, cucu sulung agak marah-marah kerana terasa kehilangan – kedua-dua datuk dan neneknya tiada bersama. Mereka sekeluarga akan bermalam di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke Oslo keesokan harinya.
No comments:
Post a Comment