Saya menjalani dua sesi rawatan ultrasound. Rasanya seperti tercucuk hingga ke bawah lengan. Physio mengatakan terdapat pembengkakan pada tendon. Rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan ultrasound, senaman ringan, dan pad ais.
Selepas itu, Physio menggunakan tuala hangat pada bahu. Kemudian dipasang pula Tenser untuk melembutkan bahagian yang radang/ ketat. Selepas itu,
saya diminta berbaring dan mengangkat beban kayu seberat 1 kg dengan posisi tangan lurus ke belakang, sambil melakukan hayunan ke belakang. Setiap kali hayunan, saya perlu menahan posisi tersebut selama 15 saat dan mengulangi sebanyak 20 kali. Tarikan tangan ke belakang mesti terasa sakit di sekitar kawasan ketiak. Pada mulanya, tangan kanan saya bergetar, tetapi setelah beberapa kali, getaran itu hilang dan saya mula merasa lebih stabil.
Selepas itu, saya disarankan untuk mengangkat beban seberat 2 kg selama 10 minit untuk membantu pemulihan.
No comments:
Post a Comment