Friday, August 22, 2025

Minimalis Dalam Teori, Realiti Masih Sama



Ada masa dulu saya cuba hidup secara minimalis. Saya suka dengan idea itu — hidup ringkas, tak terlalu banyak barang, tak terlalu banyak keinginan. Hidup yang bebas daripada beban material, hanya fokus pada apa yang penting.

Tapi bila saya cuba, anak-anak saya kurang senang. Mereka kata saya nampak lain daripada orang lain. Seolah-olah saya tidak “normal” seperti kebanyakan keluarga lain. Saya faham, mungkin mereka mahu saya kelihatan sama seperti orang lain, hidup dengan gaya yang serupa. Jadi akhirnya, minimalism itu hanya tinggal di dalam teori saya. Dalam hati saya masih percaya padanya, tapi dalam realiti saya ikut juga rentak hidup anak-anak.

Namun, ada satu perkara yang saya tetap pertahankan — saya enggan memakai gelaran Dr, walaupun saya ada PhD. Bagi saya, gelaran itu bukanlah sesuatu yang menentukan nilai diri. Malah, saya lebih selesa buat tidak tahu saja. Orang tidak perlu tahu, dan saya pun tidak rasa perlu menunjuk.

Mungkin inilah cara saya mencari kebebasan. Minimalism pada gaya hidup tidak dapat saya amalkan sepenuhnya, tetapi minimalism pada identiti dan ego saya cuba pertahankan. Saya mahu hidup sebagai manusia biasa, tanpa beban gelaran, tanpa topeng, tanpa perlu dibandingkan dengan orang lain.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...