Wednesday, August 20, 2025

Continuity Theory oleh Atchley

 1.Sesetengah orang masih  mengekalkan tabiat dan kegemaran ketika muda sehingga sekarang. Mengikut Teori Continunity memang kehidupan menua sesetengah orang mempunyai tabiat dan amalan ini.

Mengikut teori yang diperkenalkan oleh  Robert Atchley (1971) dalam bidang gerontologi (kajian tentang penuaan) apabila menua, individu cenderung mengekalkan pola hidup, nilai, tabiat, peranan, dan personaliti yang sama seperti ketika muda.Dengan kata lain, siapa kita dahulu, itulah kita pada usia tua, walaupun bentuk aktiviti atau keadaan fizikal berubah. Hal ini termasuklah melibatkan cara berfikir, emosi, kepercayaan, nilai, dan pengalaman lampau. Seseorang yang suka membaca sejak muda, akan terus menjadikan buku sebagai “teman rapat” pada usia tua. Sesetengah pula ingin melibatkan aktiviti, peranan sosial, persekitaran, dan hubungan dengan orang lain. Seorang guru mungkin sudah bersara, tetapi tetap mengajar tuisyen atau menulis buku kerana mahu mengekalkan peranan “pendidik”.

Walaupun ada kesinambungan, ini  tidak bermaksud semuanya kekal sama. Orang tua boleh ubah suai cara melaksanakan peranan lama supaya sesuai dengan keadaan tubuh dan situasi baru.Jika tidak mampu bekerja sepenuh masa, seseorang masih boleh menyalurkan minat intelektual dengan menulis atau berkongsi ilmu dalam komuniti kecil.

Saya masih menyediakan bahan kelas, membaca, dan menulis. Itu ialah kesinambungan identiti intelektual saya sejak muda.Walaupun ramai rakan sebaya sudah berehat, saya kekal aktif kerana kerja intelektual memberi makna dan kesinambungan kepada hidup saya.

Beban hutang juga menjadikan kerja satu kewajipan, tetapi dari perspektif teori Atchley, ini juga cerminan kesinambungan dalaman (minat terhadap ilmu dan peranan sebagai pendidik).

Ringkasnya, Continuity Theory oleh Atchley menjelaskan bahawa penuaan bukan tentang meninggalkan identiti lama, tetapi tentang meneruskan kesinambungan diri (dari segi dalaman dan luaran) dengan cara yang sesuai pada usia tua.

 

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...