Sebenarnya apa-apa yang kita lakukan kontemporari ini
bukanlah sesuatu yang baharu kerana generasi sebelum kita sudah pernah
melakukannya. Continuity Theory (Atchley, 1989) mengesahkan perkara ini. Manusia
akan meneruskan corak hidup, minat, dan tabiat lama mereka walaupun sudah masuk
usia tua. Apa yang nampak macam “baru” hanyalah kesinambungan daripada apa yang
sudah lama wujud dalam hidup kita.
Mengikut Cultural Transmission Theory, tingkah laku dan
amalan hidup tertentu diwariskan dari satu generasi ke generasi lain. Jadi apa
yang saya lakukan hari ini mungkin sama dengan apa yang moyang saya lakukan
dulu, cuma tidak direkodkan atau diceritakan secara terbuka.
Mengikut Social Constructionism pula, apa yang kita
anggap “luar biasa” atau “aneh” hari ini sebenarnya dibentuk oleh pandangan
masyarakat. Dalam konteks usia tua, masyarakat sering “melupakan” bahawa orang
tua juga mempunyai tabiat, minat, atau
kehendak yang sama dengan orang muda.
Jadi, jika dirumus, bukan kita yang pelik, tetapi masyarakat sering melupakan bahawa pola kehidupan manusia adalah kesinambungan — bukan pemutusan.
No comments:
Post a Comment