Hari ini briskwalk selama 1 jam 38 minit sejauh 6.8 km di laluan biasa, bermula jam 7.40 pagi kerana bimbang kesesakan di laluan sekolah Cina. Sebelum itu sempat menonton siri Crime Patrol. Pulang ke rumah jam 9.18 pagi. Kemudian membawa OR ke Billion, berehat, mandi dan makan tengah hari. Bertolak ke Hospital Lam Wah Ee pada jam 2.00 petang. Sesi fisioterapi dijadualkan semula ke Rabu hadapan jam 2.00 petang. Namun, saya masih boleh hadir ke sesi fisioterapi lain dengan menunjukkan surat rujukan doktor ortopedik. Pada jam 2.34 petang, saya memandu ke Pelita Lotus E Gate untuk minum teh tarik susu tepung. Dari sana teruse memandu ke Perpustakaan Awam Daerah Timur Laut di Jalan Scotland untyk mencari buku fiksyen. Saya tidak menjumpai antologi cerpen. Malah kebanyakan buku di sana bertemakan percintaan dan remaja. Saya cuma membaca dalam aplikasi Open AI sahaja. Pada pukul 4.30 petang saya bertolak ke Eduexel. Mujurlah saya dapat satu lot parkir. Kelas seperti biasa 5 hingga 8 maalam. Kesakitan berkurangan hari ini , kecuali apabila tangan digerakkan secara tiba-tiba.
kisah-kisah kecil yang dilalui dalam sunyi, yang tidak disedari oleh orang lain, tapi membentuk diri saya sepenuhnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jejak Dalam Jeda
My Own Modules
For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...

-
Kita perlu ingat bahawa ada suatu kuasa yang agar di luar jangkaan kita. Itulah namanya Tuhan. Keseronokan selama dua minggu atau lebih menj...
-
Hari ini selepas kembali daripada briskwalk selama sejam dan 5 km pergi ke pasar awam. Sekembalinya sehingga pukul 12.15 tengah hari mengema...
-
Sebelum bertolak ke KL pada 8 Mac mata kiri agak gatal-gatal. Kerana tidak dapat bertahan dengan kegatalannya, maka saya menggaru dan mengel...
No comments:
Post a Comment