Tuesday, June 17, 2025

Masalah Kad Debit



Sejak pagi ini, kesakitan pada bahu berkurangan dan kini terasa pada lengan. Namun, sakitnya tidak sekuat sebelumnya. Saya bangun pada jam 1.30 pagi dan sekali lagi pada jam 3.30 pagi. Ketika tidur, walaupun ada pergerakan, kesakitan tidak terlalu dirasai. Pada jam 7.30 pagi, saya mula berjalan pantas selama 1 jam 18 minit sejauh 5.7 kilometer di laluan yang sama seperti biasa.

OR menjemput saya dan kami terus ke Pasar Kampung Bahru. Setelah selesai membeli-belah, kami berehat seketika. Kemudian kami ke Speedmart untuk membeli barangan keperluan. Kad Maybank dan CIMB saya tidak dapat digunakan. Maybank telah memulangkan semula wang ke dalam akaun. Kad CIMB pula telah ditolak sebanyak dua kali kerana petugas telah meleret kad dua kali. Walaupun pembayaran tidak diterima oleh mereka, saya menerima mesej bahawa bayaran telah dibuat dua kali.

Petugas memaklumkan bahawa dia akan menghubungi saya, namun pengurus tiada ketika itu. Selepas saya menghantar mesej, petugas membalas dengan mesej suara dan meminta saya sendiri menghubungi pihak bank. Pada jam 2.30 petang, saya menghubungi khidmat pelanggan CIMB. Pegawai bertugas meminta saya menghantar salinan resit bayaran tunai melalui e-mel. Aduan telah dicatat, dan menurutnya pihak bank memerlukan 10 hari untuk memulangkan wang tersebut. Beliau turut memaklumkan bahawa mesin leret mereka (Hong Leong) memang mengalami masalah teknikal. TETAPI WANG SUDAH DIMASUKKAN DLM TEMPOH 3 HARI SAHAJA)

Selepas itu, saya menonton seketika rancangan Crime Patrol dan menyediakan bahan untuk kelas Pengajian Am dan Bahasa Melayu Semester 2.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...