Saturday, June 21, 2025

PPIM


Pada 21 dan 22 Jun 2025, saya terlibat dalam urusan Pertubuhan Pembangunan Ilmu Malaysia (PPIM), atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Malaysia Knowledge Development Organization. Saya agak terkejut kerana permohonan atas talian dihantar pada 9 Jun dan kelulusan diterima pada 18 Jun. Ini menunjukkan tahap kecekapan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS), yang patut diberikan penghargaan.

Pada 21 Jun, mesyuarat sulung PPIM telah diadakan secara atas talian di Old Town Coffee, dihadiri oleh sembilan orang ahli jawatankuasa (AJK), manakala tiga orang AJK yang lain tidak hadir atas sebab-sebab tertentu. Kini, jumlah keseluruhan ahli PPIM adalah seramai 17 orang, terdiri daripada 12 AJK dan 5 ahli biasa. Ahli biasa tersebut tidak berminat untuk memegang jawatan, dua daripada mereka dilantik sebagai juruaudit dalaman oleh mesyuarat jawatankuasa.

Pada 22 Jun, satu minit mesyuarat telah diedarkan kepada semua ahli. Dengan ini, ahli jawatankuasa kini dapat merancang dan melaksanakan aktiviti atau program mengikut kesesuaian dan keupayaan masing-masing. Aktiviti PPIM tidak perlu melibatkan puluhan atau ratusan peserta, kerana yang lebih penting adalah kualiti berbanding kuantiti.

Mesyuarat jawatankuasa seterusnya dijadualkan pada bulan hadapan, dengan notis mesyuarat perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat.

Itulah sedikit sebanyak sumbangan yang dapat saya berikan kepada komuniti, berdasarkan keupayaan yang ada pada diri saya.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...