Wednesday, June 4, 2025

Masa untuk Memberi: Langkah Kecil di Bukit Mertajam




Selepas lebih 60 tahun hidup, saya mula lihat dunia secara berbeza.

Dulu saya sibuk kejar impian, kerja, besarkan anak, dan urus keluarga. Kadang-kadang tak sempat fikir hal orang lain. Tapi sekarang, umur 66 tahun, saya rasa inilah masa sesuai untuk memberi semula, walaupun sedikit.

Persoalannya, perlu ke saya ke Pulau Pinang untuk buat kerja sosial? Atau cukup di Bukit Mertajam saja — tempat saya cari rezeki dan besarkan anak-anak. Di sinilah saya banyak menerima, dan di sinilah juga saya mahu memberi kembali.

Saya tak cari ganjaran atau nama. Saya cuma nak jadi sedikit berguna — mungkin dengan mendengar, menulis, membimbing, atau jadi teman bual. Setiap orang ada cerita, dan dalam cerita itu ada pengajaran.

Mungkin saya boleh bantu pelajar cari arah dan keyakinan. Mungkin jadi teman berbual untuk warga emas. Atau hanya menulis kisah-kisah kecil tentang BM — supaya tak dilupakan.

Saya tak mahu tunggu lagi. Saya akan mulakan di Bukit Mertajam.

Kalau anda tinggal di BM dan rasa nak buat sesuatu walaupun kecil, hubungi saya. Mungkin kita boleh rancang dan buat sama-sama. Hidup ini pendek, tapi masih ada ruang untuk beri makna.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...