Tuesday, June 3, 2025

Beberapa Cadangan Awal

 


Beberapa Cadangan Awal:

  1. Perbincangan di Peringkat Negeri
    Mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan di peringkat negeri untuk membincangkan hasrat saya menjalankan kajian mengenai prestasi akademik, tahap kesedaran serta permasalahan yang dihadapi oleh pelajar menengah di dua kawasan berbeza — iaitu kawasan pulau dan seberang.

  2. Kerjasama dengan NGO
    Menghubungi oragnaisasi atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sesuai bagi membincangkan kemungkinan menjalankan sesi ceramah, bimbingan, atau sokongan khas kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan atau berprestasi rendah di sekolah menengah.

  3. Penulisan Artikel atau Rencana
    Sekiranya terdapat persetujuan daripada pihak parti atau organisasi terlibat, saya bersedia untuk menulis artikel atau rencana yang menyentuh isu pendidikan, keperluan pelajar terpinggir, dan kepentingan intervensi sosial.

  4. Tidak Menubuhkan NGO Baharu
    Saya tidak bercadang untuk menubuhkan mana-mana NGO baharu memandangkan pengalaman lalu sudah cukup memberi pengajaran. Fokus saya adalah untuk memperkukuh kerjasama dengan entiti sedia ada yang berkongsi visi yang sama.

No comments:

Post a Comment

Jejak Dalam Jeda

My Own Modules

For a long time, I have dedicated my Sundays to generating and developing exercises and modules for BM Lower Secondary, SPM, and STPM. I hav...